Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
“Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
“Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya,
masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan
tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di
bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah
tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim
, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak
mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan
amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat
maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa
kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat
Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di
hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan
aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air
matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada
Allah.” katanya sambil terisak-isak.
p/s:insaflah!!!!
Wednesday, August 26, 2009
5 SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT...
dicoret oleh Teratai Berdarah pada 12:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen:
Post a Comment