BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

5 SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

“Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu

melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama,

jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,

“Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di

bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya,

masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu

berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan
tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah,

apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di

bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim

menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah

tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim
, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak
mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan
amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat

maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa
kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat

Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di
hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,

“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan

aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air

matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada
Allah.” katanya sambil terisak-isak.

p/s:insaflah!!!!

Tuesday, August 25, 2009

friends @ sahabat a.k.a sodiq



sahabat...
dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia.tetapi kita sering terlupa akan hal itu.cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.bagi kita,itu alasannya unuk menutup kesilapan dan membela diri.


kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.waktu itu,terfikirkah kita perasaannya?seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering terlupa.

untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.harapan dan impian juga kita luahkan..
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.



pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita?

ikhlaslah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah.?bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia.ia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.jadilah kita sahabatnya itu.

kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita yang sedih yang ingin diluahkan.di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.kita tidak tahu.tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.